Thursday, May 28, 2009

Berdepan Serangan Bersenjata

Serangan bersenjata boleh dengan pisau, parang, kerambit, pedang dan berbagai jenis lagi senjata tajam. Tambah menggerunkan jika penyerang datang secara berkumpulan dan setiap orang bersenjata!! Mampu atau tidak menghadapinya terserah hanya pada kuasa Allah Ta'ala.

Apa yang boleh kita lakukan sebagai persiapan ialah dengan mempelajari ilmu beladiri... bermula dari sekarang!!! Sediakan payung sebelum hujan, bak kata orang-orang tua. Senario kejadian jenayah menunjukkan penjenayah semakin kejam dan ganas. Jika cuma setakat nak menyamun harta benda kita, kurang sikit bahayanya. Namun yang menjadi kegusaran ialah penjenayah -penjenayah kini tidak teragak-agak mencederakan malah lebih dahsyat lagi membunuh dengan sewenang-wenangnya.

Serangan menggunakan senjata tumpul atau tajam tidak jauh beza dari bahayanya. Punca serangan bukan hanya untuk menyamun atau merompak tetapi boleh berpunca dari berbagai sebab seperti cemburu atau iri hati sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk mencedera atau membunuh. Begitu murah harga nyawa seorang manusia, begitu juga semakin nipisnya tahap pemikiran rasional manusia hari ini, berpunca dari nipisnya iman dan terpengaruh dengan dendam dan amarah.

Belajar dalam alaf baru ini tidak hanya terhad dengan menghadirkan diri ke kelas semata-mata tetapi kini terjangkau melalui pembacaan, internet dan juga seminar-seminar. Namun ianya tidak akan dapat menggantikan kelas latihan beladiri kerana cuma dengan cara ini makan seseorang itu bisa mendapat tunjuk ajar secara langsung dari Guru atau Jurulatih yang lebih berpengalaman. Latihan di kelas lebih realistik kerana adanya "physical contact" dengan pelatih yang lain.

Harus diingat, untuk mahir dengan teknik atau istilah lamanya "BUAH" pelatih perlu berlatih secara terus menerus. Latih tubi yang berterusan akan mempertajamkan lagi 'instinct' anda malah akan membentuk diri menjadi insan yang mampu mengawal diri dan tindakan ketika berdepan dengan situasi yang mengancam nyawa.

Berlatih dan terus berlatih! Tidak ada jalan pintas, semuanya mesti dilalui dan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Seorang komando berlatih berjam-jam setiap hari untuk mendapat tauliah, darah dan airmata adalah pengorbanan yang perlu dilakukan demi menyarung beret hijau, ungu, biru atau 'sandy brown'. Biar pun sudah ditauliah mereka tetap akan melalui latihan yang lebih keras. Begitu juga dengan pengamal setiap aliran beladiri. Pada yang sudah lama dan mahir, masih ada ruang untuk meningkatkan serta mempertajamkan kemahiran yang ada. Kepada yang belum pernah belajar atau sudah terlalu lama tidak berlatih tidak ada salahnya memulakannya kembali dari awal. Status atau darjat dalam perguruan tidak penting. Apa yang lebih utama adalah 'survival' kita di medan juang!

No comments:

Post a Comment