Saturday, June 6, 2009

Pepper Spray @ Perfume Spray@Aerosol Spray


Mari kita bercerita sikit pasal Pepper Spray yang ada terjual kat kedai 7E dengan harga yang agak mahal jugalah...ada macam-macam jenis...apa yang penting adalah keberkesananya bila digunakan terhadap ancaman atau penyerang.

Adakah memilikinya sudah cukup untuk memastikan anda berasa selamat??!!..Sebenarnya belum cukup lagi kerana memilikinya bukan pakej lengkap sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Soalan pertama yang saya nak tanya ialah...kat mana Pepper Spray anda sekarang berada? Jika anda berada di luar rumah di mana P.S anda tersimpan,dalam Hand Bag?Poket seluar?Tergantung pada Keychain?Jika di dalam kenderaan pada bahagian mana kenderaan P.S anda berada?Berapa pantas anda mampu mencapainya untuk disembur kepada pengancam?

Tahukah anda masa yang diperuntukan untuk anda bertindak cuma 1.5 saat sahaja! Cuma itulah saja masa yang ada untuk anda mencapai P.S anda...agak-agak sempat tak?

Harap-harap 2 @ 3 tips yang diberi dapat meminimakan masa anda perlukan untuk bertindak dan memberi kan ruang untuk anda bertindak:

1)Jika anda menuju ke tempat letak kereta,pastikan kunci kereta sudah siap dipegang sebelum menaiki lif,pegang kunci pada tangan kanan manakala P.S di pegang pada tangan kiri. Saiz P.S yang kecil akan tersorok jika ianya berada dalam genggaman tangan.Cuma anda perlu pastikan 'nozzle spray' menghala pada arah luar dan tidak ke arah anda.Ini dapat memastikan anda tidak akan kelam kabut mencari P.S di dalam beg atau poket jika diserang!Waktu anda mencari P.S akan digunakan sepenuhnya oleh penjenayah untuk memeluk,mencecik,memukul dan me...jika P.S sudah siap tergenggam di tangan pasti dengan pantas ianya dapat terus digunakan.

2)Sewaktu berada dirumah pastikan P.S diletakkan bersebelahan dengan anda agar dapat di capai dengan pantas jangan sekali-kali meninggalkan P.S anda di luar bilik sewaktu anda tidur kerana dikhuatiri dan juga untuk mengelak tragedi senjata makan tuan!

Jika anda tidak memiliki Pepper Spray,ianya boleh dibeli di 7E atau pun Farmasi, Pewangi dalam bentuk semburan juga boleh digunakan jika terdesak,Kaedahnya sama seperti Pepper Spray.Bila Gambar serta Video sudah ada akan saya sertakan sekali agar dapat memberi pemahaman yang lebih kepada pembaca.






No comments:

Post a Comment